Tuesday, August 9, 2011

filem nasi lemak 2.0 directed by Namewee

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee akan menayangkan filem sulung arahannya - Nasi Lemak 2.0 - pada 8 September di 60 pawagam di seluruh negara.

Filem sepanjang 148 minit itu - arahan Wee sendiri dan membabitkan kos RM1 juta - mengandungi dialog bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan lain-lain dialek Cina di Malaysia.

"Walaupun penggambaran filen itu kebanyakannya dalam Mandarin dan Kantonis, kita juga masukkan bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil, yang mungkin menjadikannya filem paling banyak dan pelbagai bahasa," Katanya.

Wee, 28, berkata beliau bernasib baik kerana mendapatkan penajaan syarikat-syarikat korporat untuk memulakan penggambaran filem tersebut, walaupun usahanya untuk mendapatkan pelbagai jenis pembiayaan kerajaan ditolak tahun lalu.

"Sebahagian daripada mereka membiayai saya sedikit selepas saya siarkan video tentang kekurangan bajet saya tahun lalu," katanya merujuk kepada video "Namewee mahu bertemu PM Malaysia. Part 1 dan Part 2 .
Filem Namwee antaranya dibintangi oleh Afdlin Shauki, Adibah Noor, Nur Fathia, vokalin Alleycats Datuk David Arumugam, penyanyi Karen Kong, Reshmonu, dan model Felixia Yeap.

Penerbit eksekutif filem itu, Fred Chong, berkata 'Nasi Lemak 2.0' dipilih sebagai tajuknya kerana dicipta oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

"Nyonya mencipta sambal, Orang India memperkenalkan kari dan orang Melayu pandai menggunakan ikan bilis, inilah caranya kita menghasilkan sepinggan nasi lemak." Katanya